PERANAN KAMI UNTUK MEMULIHARA HIDUPAN LIAR DI JOHOR

Warisan hidupan liar kini diambang kepupusan dan terancam dek kerana aktiviti manusia. Kemelut pemusnahan kawasan hutan secara berleluasa dan isu pemburuan haram merupakan antara faktor utama mengapa hidupan liar kian terancam dan pupus. Adakah generasi akan datang masih berkesempatan untuk melihat hidupan liar ini bebas di habitatnya? Atau hanya dapat melihat hidupan liar ini dipaparkan dalam majalah dan buku sahaja? Tegal itu, golongan remaja masa kini boleh memainkan peranan untuk sama-sama berkolaborasi dalam usaha pemuliharaan hidupan liar di Malaysia.


Golongan remaja merupakan aset penting dalam pembangunan sesebuah negara dan bangsa. Golongan remaja yang dinamik berupaya memacu perubahan minda dalam masyarakat.














Kami akan menggembleng usaha untuk menyebarluaskan maklumat tentang kepentingan hidupan liar dalam ekosistem organisma. Usaha ini penting bagi memastikan masyarakat diberikan maklumat yang tepatan sahih sekaligus dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mereka untuk memulihara hidupan liar.


Kami percaya usaha untuk memupuk nilai cinta akan hidupan liar perlu disemai sejak usia kanak-kanak lagi. Untuk itu, kami perlu menjadi suri teladan yang terbaik dalam membentuk generasi pembela hidupan liar



Selain itu, selaku pengguna bijak kita perlu berperanan untuk tidak membeli barangan perhiasan dan ubat-ubatan yang diperbuat daripada mana-mana bahagian hidupan liar. Penggunaan hidupan liar dalam ramuan ubat-ubatan menyebabkan hidupan liar ini diburu apatah lagi andai pemburuan dibuat secara haram. Kita juga berperanan untuk tidak menyokong mana-mana organisasi yang menjadikan hidupan liar sebagai menu makanan yang kononnya untuk meningkatkan kesihatan dalam tubuh badan manusia.


Tanggungjawab untuk memulihara hidupan liar tidak sepatutnya diletakkan di bahu pihak berkuasa semata-mata.












Pemeliharaan hidupan liar secara haram akan mengundang bahaya dan mungkin boleh menyebabkan kematian jika hidupan liar ini bertindak ganas. Remaja boleh berperanan sebagai sukarelawan dalam membantu agensi-agensi yang berkaitan seperti Perhilitan dalam usaha-usaha konservasi hidupan liar.
 
Generasi muda masa kini bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan. Sebagai pemimpin, kami bertanggungjawab memainkan peranan untuk memulihara hidupan liar dengan mengekalkan kawasan hutan simpan kekal sebagai habitat semula jadi hidupan liar. Sebarang pencerobohan dan pemburuan haram terhadap hidupan liar akan dibawa ke muka pengadilan.











Jaringan kerjasama dengan negara luar juga akan diperkukuh supaya agenda pemuliharaan hidupan liar dapat diselaras dan disepadukan antara negara-negara yang terlibat.


Sudah pasti setiap usaha pemuliharaan yang ingin dijalankan memerlukan tekad dan komitmen yang tinggi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Sokongan dan galakan daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat amat perlu bagi merubah paradigma lama kepada set minda yang baharu yang menghargai hidupan liar.

Comments

Popular posts from this blog

2 MINIT MESEJ TENTANG BERUANG MATAHARI

2 MINIT MESEJ TENTANG ORANG UTAN

2 MINIT MESEJ TENTANG HARIMAU MALAYA