2 MINIT MESEJ TENTANG BERUANG MATAHARI

2 MINIT MESEJ TENTANG HIDUPAN LIAR
       KEMPEN KESEDARAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
SMK SERI GADING 2013
Tajuk                                                    :       Beruang Matahari
Tarikh                                                  :       23 Oktober 2013 ( Rabu )
Disediakan & Disampaikan oleh  :      Saudari Nurul Nadia bt. Mohammed@Mohammad


     Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya Nurul Nadia, ahli pasukan ‘The Wildlife Avengers’ ingin menyampaikan 2 minit mesej tentang hidupan liar yang bertajuk beruang matahari.


  •  Beruang matahari yang juga dikenali sebagai Beruang Madu.
  • Nama saintifik beruang matahari ialah Helarctos Malayanus.
  • Tinggi beruang matahari boleh mencapai sehingga 120-150 cm menjadikanya ahli terkecil dalam keluarga beruang.
  • Beruang jantan biasanya mempunyai berat antara 30-70 kg manakala beruang betina antara 20-40 kg.
  • Sungguhpun bersaiz kecil, beruang matahari mempunyai lidah yang halus dan panjang iaitu antara 20-25 cm panjang.
  •  Kebanyakan makanan berung matahari terdiri daripada invertebra dan tumbuh-tumbuhan seperti mengkarung, telur, kekatu, semut, kumbang, larva kumbang, pucuk pokok palma, sarang lebah, beri, pucuk, akar dan buah kelapa.
  •  Beruang matahari makan lebih 100 spesies serangga dan lebih 50 spesies tumbuhan.
  •  Rahangnya yang kuat mampu membuka kelapa dan cakarnya yang panjang boleh memecahkan batang kayu, menumbangkan balak serta mencapi madu,pucuk dan kekatu.
  •  Kebanyakan beruang matahari mengesan makanannya melalui deria bau kerana penglihatannya yang lemah.
  •  Beruang matahari tidak berhibernasi dan hasilnya ia boleh membiak sepanjang tahun.
  •  Beruang matahari batina boleh menghasilkan 1-2 ekor anak setahun.
  •  Anak beruang yang dilahirkan buta dan tidak berbulu mempunyai berat antara 300-400 g.
  •  Penurunan populasi beruang sebahagian besarnya berpunca daripada aktiviti pemburuan.
  •   Pemburuan beruang matahari didorong oleh pasaran untuk bulu dan hempedu mereka yang digunakan dalam perubatan tradisional.

  •  Beruang matahari ditangkap dan diternak sebagai haiwan domestic.

  •  Kuku beruang pula dijadikan loket rantai.

Sekian, terima kasih.

Soalan kuiz :

1. Berikan 2 contoh makanan beruang matahari ?

2. Apakah nama lain bagi beruang matahari ?

3. Berikan 2 sebab mengapa beruang matahari diburu ?

Comments

Popular posts from this blog

2 MINIT MESEJ TENTANG ORANG UTAN

2 MINIT MESEJ TENTANG HARIMAU MALAYA