2 MINIT MESEJ TENTANG ORANG UTAN
2MINIT MESEJ TENTANG
HIDUPAN LIAR
KEMPEN KESEDARAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
SMK SERI GADING 2013
Tajuk : Orang utan
Tarikh : 18 September 2013 ( Rabu )
Disediakan & Disampaikan oleh : Saudari Nurazreen bt. Hamzah
Assalammualaikum
dan salam sejahtera. Saya Nurazreen, merupakan ahli pasukan ‘The Wildlife Avengers’ ingin
menyampaikan 2 minit mesej tentang hidupan liar yang bertajuk orang utan.
·
Nama
saintifik bagi orang uatn ialah Pongo
pygmaeus.
·
Habitat
populasi bagi orang utan hanya terdapat di Kepulauan Borneo dan Sumatera. Populasi
bagi orang utan dianggarkan kurang daripada 30,000 ekor.
·
DNA
orang utan adalah 97% sama seperti manusia sehingga mudah terjadinya penularan
penyakit dari orang utan kepada manusia.
·
Terdapat
2 jenis spesies orang utan iaitu Pongo
pygmaeus (orang utan Borneo) dan Pongo
abelii (orang utan Sumatera).
·
Menu
utama makanan orang utan sebanyak 60% terdiri daripada buah-buahan yang ada di
hutan terutamanya buah pokok ara.
·
Orang
utan juga memakan dedaun muda sekitar 25% dan bakinya adalah bunga, pucuk dan
kulit kayu serta serangga-serangga kecil seperti cengkerik dan semut.
·
Warna
bulu orang utan ialah merah keperangan.
·
Di
negeri Sabah, orang utan dikenali sebagai kogiu, kahui dan kisau, manakala di
negeri Sarawak pula ialah maias.
·
Keutamaan
habitat bagi orang utan ialah di atas pokok di kawasan hutan hujan tropika.
·
Orang
utan boleh hidup selama 50-60 tahun.
·
Bagi
orang utan betina, jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya
akan disusu selama beberapa tahun dan untuk satu tempoh kelahiran orang utan
betina hanya boleh melahirkan hanya seekor anak sahaja dan jarang berlaku jika
orang utan betina melahirkan 2 ekor anak dalam satu masa.
·
Orang
utan menggunakan tongkat sebagai alat bantuan untuk mengambil makanan dan
menggunakan daun sebagai pelindung daripada sinar matahari.
·
Orang
utan jantan, dapat membuat panggilan dari jarak jauh yang dapat didengar dalam
radius sejauh 1 km, ia digunakan untuk menandai atau mengawasi kawasannya,
selain memanggil orang utan betina dan mencegah orang utan jantan lain
menggangunya.
·
Orang
utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah.
·
Orang
utan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan
yang kekal.
·
Orang
utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan bersama dengan orang utan betina
semasa musim mengawan.
·
Antara
haiwan yang merupakan satu keluarga dengan orang utan ialah gorila, chimpanzee,
monyet dan ungka.
·
Haiwan
pemangsa seperti ular sawa dan harimau menjadi ancaman utama bagi anak orang
utan.
·
Antara
punca kepupusan spesies orang utan ialah penerokaan kawasan hutan dan
pembalakan haram yang memusnahkan habitat bagi orang utan, pemburuan haram atau
terperangkap di dalam jerangkap samar yang dipasang oleh manusia.
·
Selain
itu, orang utan juga diseludup dan diperdagangkan di pasaran gelap bertujuan
untuk dijadikan ramuan perubatan dan juga perhiasan.
·
Selain
itu, penebangan pokok secara berleluasa boleh menyebabkan sumber makanan bagi
orang utan semakin berkurangan dan orang utan juga dijadikan sebagai salah satu
menu makanan eksotik.
Sekian,
terima kasih.
Soalan
kuiz :
1. Apakah nama saintifik bagi orang utan ?
2. Berikan 2 contoh haiwan lain yang
tergolong dalam keluarga yang sama dengan
orang
utan.
3. Nyatakan 2 punca penyebab kepupusan
spesies orang utan.
Comments
Post a Comment