2 MINIT MESEJ TENTANG TAPIR MALAYA

2 MINIT MESEJ TENTANG HIDUPAN LIAR
KEMPEN KESEDARAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
SMK SERI GADING 2013


Tajuk                                                  :Tapir Malaya
Disediakan & Disampaikan oleh     :Saudari Puteri Effa Najihah bt Zamri

Assalammulaikum dan salam sejahtera. Saya Puteri Effa, ahli pasukan ‘The Wildlife Avengers’ ingin menyampaikan 2 minit mesej tentang hidupan liar yang bertajuk tapir malaya.

·         Nama saintifik bagi Tapir Malaya ialah Tapirus indicus.

·         Anggaran populasi tapir yang masih hidup adalah antara 1500-2000 ekor.

·          Populasi habitat tapir ialah di Malaysia, Sumatera (Indonesia), Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos dan Vietnam.

·         Habitat tapir adalah di pelbagai jenis hutan termasuk paya, tanah rendah, gunung dan hutan bukit.

·         Menu utama tapir ialah pucuk hijau selain daripada memakan rumput, tumbuhan akuatik, buah-buahan dan tumbuhan renek.

·         Tapir betina akan melahirkan seekor anak dalam 2 tahun tempoh kelahiran.

·         Anak tapir akan terus bersama ibunya selama 6-8 bulan.

·          Anak tapir berwarna perang dengan jalur putih dan beransur-ansur hilang pada usia enam bulan.

·         Tempoh bunting seekor tapir betina ialah antara 390-402 hari.


·         Tapir boleh hidup selama 30 tahun.

·         Tapir suka mandi dan berkubang, ia mudah didapati di kawasan yang berhampiran dan paya dan sungai.

·          Saiz tapir betina adalah lebih besar berbanding tapir jantan.

·         Tapir mempunyai corak badan seperti pelana, hitam di bahagian hadapan badan, putih di bahagian tengah dan hitam di kaki belakang.

·          Mempunyai belali yang pendek, mempunyai 4 jari kaki hadapan dan 3 jari pada kaki belakang.

·          Antara punca kepupusan tapir ialah pemburuan manusia untuk diperdagangkan di pasaran gelap untuk ramuan perubatan tradisional.

·         Selain itu, bencana alam yang kerap berlaku secara tidak langsung memusnahkan habitat hidupan liar dan aktiviti pembangunan yang menyebabkan mereka kehilang habitat asal mereka.


Sekia, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

2 MINIT MESEJ TENTANG BERUANG MATAHARI

2 MINIT MESEJ TENTANG HARIMAU MALAYA

2 MINIT MESEJ TENTANG PENYU