2 MINIT MESEJ TENTANG BADAK SUMATERA
2 MINIT MESEJ TENTANG
HIDUPAN LIAR
KEMPEN KESEDARAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
SMK SERI GADING 2013
Tajuk : Badak Sumatera
Tarikh : 30 Oktober 2013 (Jumaat)
Disediakan & Disampaikan oleh : Saudara Muhammad Afiq Syahmi b. Ab. Rahim
Assalammualaikum
dan salam sejahtera. Saya Muhammad Afiq Syahmi, ahli pasukan ‘The Wildlife
Avengers’ ingin menyampaikan 2 minit mesej tentang hidupan liar yang bertajuk badak
sumatera.
·
Nama
saintifik bagi badak sumatera ialah Dicerorhinus Sumatrensis.Berat seekor
badak dewasa antara 530-750 kg dan panjang badannya 250 cm.
·
Badak
sumatera mempunyai kulit yang kasar, tebal, berlipat-lipat dan berwarna
kekelabuan.
·
Badak
sumatera memakan buah-buahan, pucuk dan daun muda, ranting dan kulit kayu.
·
Badak
sumatera merupakan haiwan mamalia yang hidup bersendirian atau dalam kelompok
yang kecil dalam habitat yang lembap dan teduh.
·
Badak
sumatera sering berkubang untuk menyejukkan badan, menghalang lalat pikat
menghisap darahnya serta mengelakkan jangkitan penyakit kulit.
·
Badak
sumatera mempunyai 2 tanduk, tanduk yang besar di hadapan dan yang kecil di
belakang.
·
Tanduk badak jantan lebih besar berbanding
tanduk badak betina.
·
Badak
menandakan kawasannya dengan mengikis tanah dengan kaki, melentur anak pokok
kepada bentuk yang tersendiri dan meninggalkan najis.
·
Tempok
bunting badak betina ialah antara 15-16 bulan.
·
Populasi
badak sumatera dianggarkan kurang 300 ekor.
·
Habitat
populasi badak sumatera terdapat dari kaki gunung Himalaya sehingga ke Myanmar,
Thailand, Indonesia dan Malaysia.
·
Jangka
hayat badak adalah antara 35-40 tahun dan hidup dalam kawasan seluas 50 km
persegi.
·
Pemburuan
badak sumatera didiorong oleh pasaran gelap untuk mendapatkan tanduknya.
·
Badak sumatera ditangkap dan diternak sebagai
haiwan domestic dan dijadikan salah satu menu makanan esotik.
Sekian,
terima kasih.
Soalan kuiz :
1. Berikan
2 contoh sumber makanan bagi Badak Sumatera ?
2. Berikan
1 sebab mengapa Badak Sumatera suka berkubang ?
3. Nayatakan
1 punca kepupusan Badak Sumatera ?
Comments
Post a Comment