2 MINIT MESEJ TENTANG PENYU

2 MINIT MESEJ TENTANG HIDUPAN LIAR
 KEMPEN KESEDARAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
SMK SERI GADING
Tajuk                                                   :            Penyu
Tarikh                                                 :            27 September 2013 ( Jumaat )
Disediakan & Disampaikan oleh     :            Saudari Ana Saimah bt. Ahmad

Assalammualaikum  dan salam sejahtera. Saya Ana Saimah bt Ahmad, merupakan ahli daripada ‘The Wildlife Avengers’ ingin menyampaikan 2 minit mesej tentang hidupan liar yang bertajuk Penyu.

  • Daripada hasil kajian, penyu hidup sejak Zaman Jura iaitu 145-208 juta tahun yang lalu atau seusia dengan dinosaur.

  • Panjang badan penyu boleh mencapai sehingga 6 meter.


  • Walaupun hidup di dalam air, penyu bernafas menggunakan paru-paru bukannya insang.

  • Penyu dapat menempuh jarak 3000 kilometer selama 58-73 hari dalam sekali bermigrasi.

  • Ketika mendarat untuk bertelur, gangguan seperti cahaya ataupun suara dapat membuat penyu membatalkan niatnya dan kembali ke laut.

  • Dari ratusan butir telur penyu yang dikeluarkan oleh seekor penyu betina, hanya belasan anak penyu yang hidup kembali ke laut dan membesar.


  • Terdapat 7 jenis penyu yang masih ada iaitu Penyu Hijau, Penyu Sisik, Penyu Kemp’s Ridley, Penyu Lekang, Penyu Belimbing, Penyu Pipih dan Penyu Tempayan.

  • Penyu yang paling popular di Malaysia ialah Penyu Belimbing.

  • Nama saintifiknya ialah Dermochelys Coriacea.

  • Penyu belimbing adalah yang terbesar dengan ukuran panjang badan mancapai 2.75 meter dan berat 600-900 kg.


  • Penyu belimbing selalunya memilih kawasan yang gelap, sunyi dan berpasir untuk bertelur dan kawasan pantai di Rantau Abang, Terengganu merupakan salah satu daripada destinasi penyu belimbing untuk bertelur.

  • Manusia merupakan ancaman utama kepada penyu kerana tabiat memakan telur penyu oleh sesetengah orang dan pembunuhan penyu secara sengaja untuk tujuan makanan, pengambilan minyak dan perubatan.

  • Selain itu, penyu akan mati kerana terperangkap di dalam alat menangkap ikan dan kematian yang disebabkan pencemaran alam terutama minyak, sisa toksik dan bahan plastik.


  • Akibat pembangunan yang tidak terancang, pantai tradisi yang merupakan kawasan pendaratan penyu tidak lagi sesuai kerana gangguan, hakisan dan peningkatan suhu.

  • Akhirnya, kelewatan usaha perlindungan dan pemuliharaan penyu akan menyebabkan sumber khazanah hidupan liar ini akan pupus untuk selamanya.

Sekian, terima kasih.


Soalan kuiz :

1.         Bagaimanakah penyu bernafas dan membiak ?

2.         Nyatakan 2 jenis penyu yang masih wujud di samudera.

3.         Berikan 2 punca kepupusan spesies penyu.

Comments

Popular posts from this blog

2 MINIT MESEJ TENTANG BERUANG MATAHARI

2 MINIT MESEJ TENTANG HARIMAU MALAYA