2 MINIT MESEJ TENTNAG GAJAH ASIA

2 MINIT MESEJ TENTANG HIDUPAN LIAR
KEMPEN KESEDARAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
SMK SERI GADING 2013


Tajuk                                                     :Gajah Asia
Disediakan & Disampaikan oleh   :Saudara Muhammad Afiq Syahmi b. Ab Rahim

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya Muhammad Afiq Syahmi, ahlipasukan ‘The Wildlife Avengers’ ingin menyampaikan 2 minit mesej tentang hidupan liar yang bertajuk gajah asia.

·         Nama saintifik bagi gajah Asia ialah Elephas maximus.

·         Populasi gajah dianggarkan 25 000- 32 750 ekor.

·          Habitat populasi gajah asia terdapat di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur.


·         Gajah Asia mempunyai telinga dan belalai yang kecil sedikit berbanding Gajah Afrika.

·         Belali gajah berfungsi seperti tangan untuk memasukkan makanan ke dalam mulut dan menyedut air untuk disembur pada badan bagi menyejukkan badan.

·         Gajah merupakan haiwan yang bijak, mempunyai otak terbesar berbanding haiwan darat yang lain.

·          Gajah juga mempunyai daya ingatan yang kuat.


·         Gajah akan menggunakan balalainya sebagai snorkel apabila merentasi sungai yang dalam.

·          Warna kulit gajah adalah kelabu dan hitam kelam.

·         Gajah akan bunting selama 18-22 bulan dan akan melahirkan anak dengan berat 100 kg dalam selang masa 4 tahun bagi setiap kelahiran.

·         Kebiasaannya gajah boleh hidup selama 70 tahun.

·         Gajah adalah herbivore. Menu makanan gajah ialah rumput, dedaun pokok, buah-buahan, bunga, akar dan kulit kayu.


·  Gajah dewasa memerlukan 140-270 kg makanana setiap hari. Tetapi 60% daripadanya makanan tersebut tidak tercemar.

·         Gajah betina tinggal secara berkelompok manakala gajah jantan tinggal secara bersendirian.

·      Antara sebab kepupusan gajah ialah pemburuan haram atau terperangkap dalam jerangkap samar.


·         Selain itu, gading gajah juga diseludup dan diperdagangkan dipasaran gelap sebagai barang perhiasan.

·         Tambahan pula, penebangan pokok secara berleluasa menyebabkan habitat hidupan liar kini terancam.


Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

2 MINIT MESEJ TENTANG BERUANG MATAHARI

2 MINIT MESEJ TENTANG ORANG UTAN

2 MINIT MESEJ TENTANG HARIMAU MALAYA