2 MINIT MESEJ TENTANG HARIMAU MALAYA

                 2 MINIT MESEJ TENTANG HIDUPAN LIAR
KEMPEN KESEDARAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
SMK SERI GADING 2013
Tajuk                                                      :           Harimau Malaya
Tarikh                                                     :                  -
Disediakan & Disampaikan oleh     :           Saudari Rubiatulhuda bt A. Hamid

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya Rubiatulhuda, ahli pasukan ‘The Wildlife Avengers’ ingin menyampaikan 2 minit mesej tentang hidupan liar yang bertajuk harimau Malaya.

·         Nama saintifik bagi harimau ialah Panthera tigris.

·         Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.

·         Habitat populasi harimau adalah di India, Myanmar, Thailand, Malaysia, China dan Indonesia.


·          Kebiasaan harimau memburu pada waktu malam dengan menyerang hendap mangsanya.

·         Harimau boleh memanjat pokok dan berenang dengan baik.

·         Harimau sangat pantas dan kuat tetapi mudah penat dan berputus asa jika gagal menangkap mangsanya pada tangkapan yang pertama.

·         Harimau jantan dewasa hidup secara bersendirian dan cuba untuk menghalau harimau jantan yang lain daripada kawasannya.



·          Dalam sesuatu kawasan harimau jantan terdapat 2 atau 3 ekor harimau betina dan akan hanya bertemu semasa musim mengawan.

·         Harimau jantan akan membuat cakaran pada pokok dan membuang urea bagi menanda kawasannya.

·         2-4 ekor anak harimau dilahirkan dalam satu-satu masa dan akan bergantung sepenuhnya kepada ibunya selama 2-3 tahun.


·         Belang pada harimau adalah cara terbaik untuk penyamaran di kawasan rumput panjang dan dibawah pokok.

·         Setiap harimau mempunyai belang yang berbeza antara satu sama lain.

·         Apabila harimaumengaum, suaranya boleh kedengaran sejauh 4-5 kilometer di dalam hutan.

·         Antara punca kepupusan harimau Malaya ialah penerokaan kawasan hutan dan pembalakan haram yang memusnahkan habitat hidupan liar.



·         Selain itu, pemburuan haram atau terperangkap di dalam jerangkap samar yang dipasang oleh manusia bertujuan untuk mengambil kulit mereka untuk dijadikan perhiasaan atau baju.

·         Tambahan lagi, ia juga dijadikan sebagai salah satu makanan eksotik dan ramuan perubatan.
      
Sekian,  terima kasih




Comments

Popular posts from this blog

2 MINIT MESEJ TENTANG BERUANG MATAHARI

2 MINIT MESEJ TENTANG PENYU