Posts

2 MINIT MESEJ TENTANG ORANG UTAN

Image
   2MINIT MESEJ TENTANG HIDUPAN LIAR   KEMPEN KESEDARAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR  SMK SERI GADING 2013 Tajuk                                                  :           Orang utan Tarikh                                                 :           18 September 2013 ( Rabu ) Disediakan & Disampaikan oleh     :        ...

PERANCANGAN 2 MINIT MESEJ

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera . Pada setiap hari Rabu setiap minggu , kami , The Wildlife Avengers mengadakan satu sesi pada waktu pagi di dataran bersama pelajar SMK Seri Gading yang dipanggil 2 Minit Mesej Hidupan Liar . Setiap seorang ahli The Wildlife Avengers membentangkan satu tajuk hidupan liar dan En. Abd Razak mengajukan beberapa soalan kepada para pelajar setelah tamat pembentangan . Para pelajar yang menjawab soalan yang diajukan oleh En. Abd Razak mendapat hadiah yang menyelerakan. Cadbury :)

PERANAN KAMI UNTUK MEMULIHARA HIDUPAN LIAR DI JOHOR

Image
Warisan hidupan liar kini diambang kepupusan dan terancam dek kerana aktiviti manusia . Kemelut pemusnahan kawasan hutan secara berleluasa dan isu pemburuan haram merupakan antara faktor utama mengapa hidupan liar kian terancam dan pupus . Adakah generasi akan datang masih berkesempatan untuk melihat hidupan liar ini bebas di habitatnya ? Atau hanya dapat melihat hidupan liar ini dipaparkan dalam majalah dan buku sahaja ? Tegal itu , golongan remaja masa kini boleh memainkan peranan untuk sama-sama berkolaborasi dalam usaha pemuliharaan hidupan liar di Malaysia. Golongan remaja merupakan aset penting dalam pembangunan sesebuah negara dan bangsa . Golongan remaja yang dinamik berupaya memacu perubahan minda dalam masyarakat . Kami akan menggembleng usaha untuk menyebarluaskan maklumat tentang kepentingan hidupan liar dalam ekosistem ...

PENGALAMAN 3 HARI 2 MALAM DI TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU-ROMPIN (PETA)

Image
Mengujakan , memberi inspirasi dan bermakna . Begitulah yang dapat diluahkan dengan kata-kata untuk menggambarkan rencah pengalaman serta pengetahuan yang diperoleh sepanjang lawatan sambil belajar kami ke Taman Negara Endau- Rompin ( Peta ) bersama 9 pasukan sekolah yang lain bersempena ‘Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2013’.   Mendaftar diri di Pejabat Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta) Rentetan kisah selama 3 hari dan 2 malam bermula pada 4 hingga 6 September 2013, terasa begitu singkat bagi kami untuk meneroka keindahan alam flora dan fauna, ciptaan Yang Maha Esa . Keramahan pegawai dan fasilitator program membuatkan kami terasa ingin terus berada lebih lama menjelajah dunia istimewa di PETA. Persis ungkapan pendeta , perjalanan seribu langkah , bermula dengan langkah pertama yang sungguh bermakna . Sebahagian besar peserta menaiki kenderaan pacuan empat roda yan...